Berbeza dengan pekerja yang ada gaji tetap, bagi mereka yang bekerja sendiri tak ada payslip bulan-bulan kan. Jadi bank akan guna cara lain untuk pastikan kita layak untuk dapat loan.
Ni antara 7 dokumen yang boleh gunakan untuk buktikan kestabilan kewangan kita, walalupun kita bekerja sendiri
1. Pendaftaran Perniagaan - Ini sangat penting, walaupun perniagaan kecil je, atau freelancer yang bekerja sorang-sorang.Perlu ada perniagaan yang daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. I ni akan meningkatkan keyakinan customer nak berniaga dengan dan business nampak lebih professional. Tarikh pendaftaran pun penting jugak sebab boleh tunjukkan keberlangsungan business kita.
2. Profil Perniagaan - Ini penting untuk bank nak kenal pasti jenis perniagaan yang kita ada. Boleh pakai macam - macamuntuk bina profile perniagaan. Kalau ada laman web sangat bagus. Atau boleh guna laman Facebook, Instagram atau LinkedIn rasmi pun boleh jadi bukti.
3. Rekod Kewangan Pendapatan Tahun-tahun Lepas, Penyata Cukai, Penyata Untung Rugi dan Balance Sheet - Kalau kau ada rekod kewangan yang teratur unykl pendapatan memang akan lebih senang untuk dapat loan rumah. Jadi sentiasa simpan semua statement dan pastikan disimpan dan dilabel dengan teratur.
4. Penyata Cukai Pendapatan - Ramai orang yang freelance atau kerja sendiri mungkin tak laporkan pendapatan pada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Tapi, kalau kita ada penyata cukai pendapatan tiga tahun terakhir, ini akan sangat membantu kita dapat loan rumah. Cukai pendapatan ni biasanya kena bayar kalau pendapatan tahunan lebih dari RM34,000 (selepas potongan KWSP) atau bila ada pendapatan, yang menunjukkan perniagaan kita ada profit. Bank suka jenis pendapatan stabil macam ni.
5. Penyata Bank - Bagi pekerja tetap, penyata bank digunakan untuk buktikan yang diorang memang dapat gaji bulanan. Bagi yang kerja sendiri atau freelance, penyata bank ni boleh buktikan keuntungan yang diperoleh dari perniagaan .
6. Simpanan - Simpanan adalah cara terbaik untuk buktikan aliran pendapatan yang mantap. Dari perspektif bank, kalau kau ada simpanan yang banyak, maknanya pendapatan stabil. Kalau kau tak ada rekod simpanan, bank susah nak pastikan perniagaan stabil atau tak,
7. Laporan Skor Kredit -Skor kredit ni memang penting bagi bank atau institusi kewangan kat Malaysia nak nilai kewangan korang. Dorang guna dua laporan skor kredit yang popular, CCRIS dan CTOS, untuk tolong decide. Kalau skor kredit korang tinggi, memang senang la dapat pinjaman rumah dengan kadar faedah yang rendah, dan proses kelulusan pun lagi cepat.
Ada juga tricks lain yang boleh bantu kita untuk dapatkan loan approval. Tunggu untuk part 2!
0 Comments