𝐒𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐯𝐚𝐥𝐮𝐞𝐫 (𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡) 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐈𝐩𝐨𝐡
“𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚, 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥 𝐯𝐚𝐥𝐮𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐠𝐢?”
Valuer ni dihantar oleh pihak bank untuk memastikan rumah dijual sesuai dengan harga pasaran (market value). Rumah yang dibeli melalui pinjaman bank secara teknikalnya rumah itu “dibeli” oleh pihak bank dan buyer membayar semula kepada bank.
Sebab itu, pihak bank perlu memastikan harga yang akan bank biayai sesuai dengan harga pasaran supaya sekiranya rumah terpaksa dilelong, bank tidak mengalami kerugian untuk menjual rumah itu semula 👍
“𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐮𝐲𝐞𝐫 𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐯𝐚𝐥𝐮𝐞𝐫, 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐭𝐮 𝐚𝐰𝐚𝐥-𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐥𝐚𝐠𝐢?”
Bank hanya akan hantar valuer bila dah confirm ada buyer untuk rumah tersebut. Nanti dah hantar valuer untuk nilai rumah, tiba-tiba takde buyer untuk rumah tu pulak. Dah satu hal buat kerja sia-sia 😅
Kos untuk membayar valuer juga akan ditanggung oleh buyer. Nanti valuer akan sediakan report terperinci mengenai rumah dan membuat kajian mengenai harga rumah. Report akan dihantar ke bank dan satu salinan diberi pada buyer
*** Tugas kami sebagai ejen hartanah adalah memberi khidmat nasihat harga yang sesuai untuk owner jual rumah. Harga yang mengikut harga pasaran supaya bank senang hati nak biayai bagi pihak buyer dan harga yang owner pun berpuas hati ✨
*** Sekiranya anda owner yang nak jual rumah boleh hubungi kami. Tiada bayaran dikenakan sehingga rumah berjaya dijual. Klik link disini www.wasap.my/601154234565/jualrumah
Nur Khairina
Perunding Hartanah Berdaftar
PDL Realty
REN70140
#info #kampar #gopeng #ipoh #seriiskandar #batugajah #Info
0 Comments